May 14

Ini kisah pertemuan kembali 2 sahabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka merindui satu sama lain. Mereka berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafĂ©’. Awalnya topic yang dibicarakan adalah soal-soal nostalgia zaman sekolah-sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

Mengapa sampai sekarang kau belum menikah?” Ujar Latiff kepada temannya, Borhan yang sampai sekarang masih membujang.

“Hmmm…sebenarnya sampai sekarang ini aku masih belum bertemu dengan seorang wanita yang sempurna. Itulah sebabnya au masih membujang. Dulu waktu aku bekerja di utara semenanjung, aku berjumpa dengan seorang wanita yang cantik dan bijak. Aku fakir itulah wanita yang ideal untuk aku dan sesuai dijadikan isteri.”

“Namun tidak lama selepas mengenalinya. . Continue reading »

Sep 27

Salam semua, ape kabo. Puasa x nih, he he. Dah lama aku x update blog aku nih, pasal dah x leh letak gamba, so bosan sket aa. Tp x kn x letak langsung kan, so aku letak ler sket cam tazkirah2 nih. Ok ler tu, kan bulan puasa skrg, so insaf2 kan ler diri tu eh..

10 Amalan Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam? Continue reading »